Ohlala,thatsmynickname!
Follow Dashboard
Pieces of Words
Friday, June 26, 2009 | 0 10 org tgh komen!

Dah sekian lama aku tidak menulis blog. Hampir 3tahun aku berhenti menulis atas sebab tertentu.. Tapi, hari ini aku kembali untuk menulis segala kenangan manis dan pahit serta pengalaman aku sendiri untuk dijadikan pengajaran dan tauladan untuk semua. Walaupun aku masih setahun jagung, namun pengalaman yang aku lalui cukup untuk mematangkan aku. Aku sebenarnya tidak tahu kepada siapa patut aku berkongsi masalah selain daripada aku menulis. Penah aku terdengar daripada seseorang mengenai cara untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi. Caranya: tulis segala masalah dalam sekeping kertas sampai tebal pun takpe...kemudian, koyak-koyak kan kertas tu ataupun bakar je..Cnfirm, jiwa kita akan tenang.
Hari ini aku berasa sungguh tenang padahal hakikatnya aku pendam banyak masalah. Bagi aku, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya jika kita yang berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
Aku merupakan insan biasa yang punya kelebihan serta kelemahan seperti manusia lain. Aku kadang-kadang alpa apa yang aku miliki. Aku sepatutnya bersyukur mempunyai makan, pakai yang cukup. Namun, manusia tidak pernah bersyukur. Sepatutnya manusia perlu bersyukur kerana diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini. Tuhan Maha Adil kerna mencipta kita sama sahaja. Cuba kita lihat kehidupan diluar sana, ada yang bijak tapi miskin, ada yang kaya tapi sakit.. Sepatutnya kita perlu menghargai apa yang kita ada dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik dengan orang yang sekeliling kita.
Sebenarnya, manusia ni mempunyai pelbagai ragam sampaikan aku sendiri tidak faham apa yang mereka cari dalam kehidupan mereka. Tak payah tengok jauh, saudara sendiri aku pun mempunyai pelbagai karenah dan ragam antara satu sama lain. Kadang-kadang bermasam muka untuk hal yang remeh-temeh. Aku kagum dengan ibu dan ayah aku. Mereka sentiansa membantu sedara aku walaupun sedara aku tu jenis yang tidak mengenal budi dan jasa orang lain. malahan, lupa asal diri.
Aku pelik dengan sikap manusia. Ada yang baik dihadapan, belakang kutuk xingat punya. Ada yang mulut manis, ada yang suka berbohong... pendek kata, macam - macam ada..
Masa tidak mengizinkan aku untuk menulis lagi kali ini. Lain kali aku pasti mencatatkan sesuatu untuk blog kesayanganku ini.
SEMOGA HARI ESOK LEBIH BERMAKNA DAN BERERTI UNTUK AKU. KESALAHAN AKU HARI INI AKAN KU PERBETULKAN UNTUK PERBAIKI DIRI KU SENDIRI.

Labels:



| Newer Post
Disclaimer


Welcome to my page blogger :)

MissSha, Cat lover

Full-time student. Last semester Degree. Currently Practical trainee in Gurun, Kedah


Diary About Stuff Site


Let's Talk!


MyRecentStories!

The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Re-edit & Own by : MissSha

Best View at GOOGLE CHROME!