
SPM. Thursday, March 21, 2013 | 0 10 org tgh komen!
![]() Result SPM sudah keluar oiii.
Harini, 21 Mac 2013, hari keputusan SPM akan keluar. Good luck adik-adik yang lahir pada tahun 1995 yang semestinya super neves dan dan tak sabar-sabar nak tengok hasil usaha sendiri dalam slip result SPM nanti. Insyallah, kalau sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, pasti diberkati dan beroleh kejayaan pada hari ini.
A is something but is not everything.
Apa yang keputusan yang keluar pada hari ini, bukan la penentu segalanya. Masih jauh lagi langkah adik-adik semua untuk berjaya. Berserah dan tawakal kepada penentu segalanya, iaitu Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT.
Kehidupan selepas SPM ?
Selepas SPM, kemanakah hala-tuju adik? Sambung belajar, bekerja atau mendirikan rumah-tangga ? Itu semua pilihan adik-adik yang pasti akan pilih. Nasihat
![]() Labels: ::e x a m::, ::f a m i l y::, ::f r i e n d::, ::m y s t o r y::, ::n a s i h a t::, ::s t u d e n t::, Result, SPM2012 Say YES to Huddle XS Mobile Hotspot (YES 4G)!Wednesday, March 13, 2013 | 6 10 org tgh komen!
![]()
Hey semua. Korang surfing internet pakai line ape ? Streamyx ke brokband atau via handphone je ? Malam ni Sha nak update entri berkenaan dengan line internet. Awal bulan ni, Sha baru je melanggan pelan postpaid Yes 4G Super 68 dan kena bayar sebanyak RM130 (ada promosi, bayaran installation dikecualikan sebanyak RM100). Bulan-bulan bayar RM68. Kalau ikutkan harga sebenar pelan tersebut berharga RM230. Details boleh refer SINI.
Dalam pakej Super68 termasuk data (qouta) 4Gb + 1Gb percuma (selama 3 bulan pertama) + RM80 (harga device huddle xs)
Ok. Sha kena tambah lagi RM80 sebab nak huddle xs ni. Kalau device yang lain (broadband & dongle) diberi secara percuma.
Kenapa Sha pilih device Huddle XS ?
Korang yang ada banyak gadget (Ipad, Iphone, Ipod, & etc) memang sesuai sangat ambil pakej under YES 4G Huddle XS ni. Sangat berbaloi dan berpuas hati.
Lagipun, Huddle XS ni guna charge yang universal. Sha sebagai pengguna BB boleh kongsi-kongsi charger sekali. Ouh lupa nak inform, yang huddle ni ada warranty selama setahun dan dapat charge & USB connector sekali.^^
Ni lah rupa Huddle tu.
Ok.Bai. XOXO, ![]() Labels: :: p i c t u r e ::, ::m y s t o r y:: Blogskin pulak.![]() xoxo :) ![]() Labels: ::i n f o::, ::m y s t o r y::, ::s t u d e n t::, :h o b i: Senarai Peserta & Blog yang Join MissSha & DiffusionAnez Shoppe 1ST GIVEWAY!Tuesday, May 15, 2012 | 2 10 org tgh komen!
![]()
![]() Labels: ::m y s t o r y::, Bertuah, GIVEAWAY 2012, Senarai blogger MissSha dan DiffusionAnez Shoppe 1ST GIVEWAY Fenomena Awan Nano dan Hafiz AF ;)Saturday, March 17, 2012 | 2 10 org tgh komen!
![]() Mr Hafiz yang cute sangat. Kan kan kan?? ![]() ![]() Masih kauorang ingat masa salah satu show JOZAN di Maharaja Lawak ;) Kalau tak tengok lagi boleh klik sini -->> KLIK ![]() Ok. Aku layan jugak siri Elly & Epit di Astro Ceria (CH611) sebab melayan karenah anak buah nak tengok kartun je. Ni sebahagian daripada babak Johan melakukan aksi Awan Nano. ![]() Yang agak terbaru jugak laahh kan, apabila kumpulan Albob (Raja Lawak Musim ke 6) turut menyelitkan sketsa mengenai Awan Nano. Kalau tak tengok lagi boleh tengok kat sini. KLIK. ![]() Yang paling latest, Track Awan Nano. Haha kat Pasar Malam kat KL rasanya. Korang yang minat gila dengan Mr. Hafiz perlu dapat kan sekaranggg. Sementara stok masih ada. Kalau Hafiz tengok ni mesti terkejut kan. Ingat ada tudung Ekin, Yuna, Hana Tajima je ke? Hafiz pon ade okeh ;) ![]() ![]() Labels: ::c e l e b r i t y::, ::f u n n y::, ::i n f o::, ::m u s i c::, ::m y s t o r y::, Awan Nano, Hafiz AF Carta Hati :)Saturday, December 10, 2011 | 1 10 org tgh komen!
![]() Hari ni tibe2 ade mood nak story mory pasal bestfrens aka BFFs. Sha percaya semua orang ada bff masing2 kan. Same goes to me. :) BFFs semua kutip kat time sekolah rendah, sekolah menengah, diploma dulu dan sampai sekarang even da sambung degree pon masih mencari BFFs. Hari ni aku ada terbace luahan seorang insan yang pernah menjadi kawan rapat aku la. Sekarang masing2 pun dah course lain2. Entah lah nak cakap sentap tak la sentap sangat. Tapi cuma tak sangka die buat luahan hati die pastu share dengan' kengkawan rapat' die laa. Lama dah die wat. Dalam 3 tahun jugak la. Tapi aku still boleh baca lagi dan aku masih boleh tersenyum lagi. Tak sangka, depan aku baik, belakang aku boleh cerita macam2 sampai penuh satu webpage. Congrats friend, u just broke my heart. Dont be hypocrite! Dear xxx; Kalau kau baca ni belog aku ni weh, aku just nak cakap, terima kasih la sebab sudi kawan dengan aku selama ni. Aku tahu kau buat luahan memang saje nak bagi aku baca kan?So, Aku baca dan tak sangka orang akan wat camtu belakang aku. Satu lagi kau pon nak new chapter kan between us? Takde hal la. Mak ok je nok. Kau tukar no tak beritahu aku, penat aku kol kau, sms kau, tapi tak berbalas. Aku masih ok lagi. Aku ingat lagi, kau tak nak share hint untuk final exam, alasan kau sebab aku tak nak study dengan kau. Aku still boleh senyum lagi. Friend, everything because of you, i will do. Aku masih ingat lagi, kau bising kat aku sebab kan aku tak de lesen kete sebab menyusahkan kau nak hantar aku ke kelas. Maafkan aku kawan sebab kan aku banyak nyusahkan kau. Tapi jangan risau kawan, sekarang aku dah lesen dan sekarang jugak aku dah semakin jauh dari kau n takkan nyusahkan kau lagi. Maaf kan aku kawan. ![]() CARTA HATI SAYA ;) Wan Farhana Anna kalau baca belog kite ni, kite nak cakap awak baik sangat dengan kite. Walaupon kadang2 kite de selisih faham tapi awak tahu je nak pujuk kite. Tengs awak sebab sudi jadi kawan kite. Insyallah kite akan jadi kawan baik sampai bila-bila. Rara. Sweet names like the owner. Lembut-lembut keras hati. Kalau gaduh mesti kite yang kene tegur dulu. Ra, aku sayang kau sangat. Walaupun kite baru rapat last sem diploma aku, tapi aku macam kenal kau lama dah. Maafkan aku kalau aku banyak nyusahkan engkau. Aku tetap ingat kenangan kite time kat Segamat dulu. Lepak-lepak kat Dataran Merdeka, etc. Kalau kau terasa dengan aku, aku mintak maaf awal-awal taknak engkau berdendam dengan aku. Ramai lagi BFFs yang tak sempat nak cerita. Nanti emo lebih. Zatil, Nadia dan Jamilah : awak tetap kawan terbaik saya. Sayang korang sangat. Ok. Sampai sini jer. Nak kena edit video arab (BAB451) pulak. Okbai. xoxo ;) ![]() Labels: :: p i c t u r e ::, ::m y s t o r y::, ::s t u d e n t::, ::u m a h s e w e::, BFFs Antara Telur, Lobak & KopiMonday, October 10, 2011 | 0 10 org tgh komen!
Salam Semua.... Ahad yang lalu Sha masuk kelas FIN533, subjek personal finance. So, masa dalam kelas tu, lecturer Sha ade tanya kat kelas kitorang satu soalan ni. Sekarang, Sha nak cuba tanya korang pulak ;) Okkai, bayangkan ada satu periuk besar ni diisi penuh dengan air dan diletak kan di atas api. ![]() sayur carrot kopi Ok camni. Soalan bunyi camni : Kalau ada sebuah periuk panas yang ada air yang mengelegak, korang nak jadi apa ? Adakah korang nak jadi a) telur b) carrot atau c) kopi ? Jawapan bagi pilihan korang tuh. TELUR: Kalau korang pilih telur, apabila korang menghadapi sesuatu masalah, pada mulanya korang boleh hadapi masalah tu tapi sebenarnya lama- kelamaan korang sebenarnya orang yang jenis tidak tahan dengan segala masalah dan senang berputus asa. CARROT: Haa.. ni lagi teruk daripada telur. Korang memang jenis yang tak boleh hadapi masalah langsung. Dari segi logik, carrot kalau masuk dalam periuk panas terus jadi lembut kann?? So, sama macam apa yang boleh dikaitkan dengan personaliti orang yang buat pilihan ni. KOPI: Kopi kalau masuk dalam air panas, langsung tak ubah keadaan kopi, tapi kopi yang merubah warna air tu. Kalau korang pilih kopi, maksud nya, korang ni jenis yang senang nak hadapi segala situasi dan masalah. Korang jenis yang happy good lucky. Andai kata korang tak pergi kelas, kawan2 korang rasa ketiadaan korang dan merindui korang ;) ![]() Labels: ::m y s t o r y::, ::n a s i h a t:: Pilih yang paling cantikWednesday, October 5, 2011 | 0 10 org tgh komen!
![]() Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini : Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. ![]() Labels: ::m y s t o r y::, ::n a s i h a t:: Fenomena Angry Bird ;)Monday, October 3, 2011 | 0 10 org tgh komen!
![]() ![]() Ni la pakcik Android tuh weh. Haha. ![]() this pic was taken at KB Mall last week ;) Minggu lepas, hari Khamis sampai Sabtu, kami (Sha, Zila, Anna & Nadz) ke Kota Bharu, Kelantan. Kami bermalam di rumah Anna. Firs time weh, Sha pergi ke Kelantan dan bermalam kat sana. Sebelum ni cuma lalu2 gitu je. Sempat ke Wakaf Che Yeh dan KB Mall je. Tak sempat pergi ke Rantau Panjang. Shopping pon tak banyak. Beli tudung jew. Sempat belikan mak Sha telekung. InsyaAllah, semester depan kami pergi lagi ke Kelantan nak shopping kat Rantau Panjang. Anna cakap situ semua barang murah2... Rasanye, takde kaitan kan tajuk dengan cerita pergi Kelantan ni. Theeeee... Sebenarnya, tak sangka, semua produk yang jual kat shopping mall, pasar malam, dan mane2 je la ada muka 'Angry Bird' ni. Sekarang musim Android kan, even dekat UiTM Dungun ni pon rata2 student pakai hp touch screen. Semua hp besar tapak tangan jew. Hehe. Sha pon belum lagi merasa nak pakai Android ni. Games yang paling best yg gunakan app Android ni macam Angry Bird, Cut the Rope, etc. Masa Sha pergi KB Mall pon, kedai yang jual hadiah, cenderahati sume pakat dok jual menatang kerekter dalam game android. Rata2 je jual menatang ni. Kalau korang tak percaya, nanti korang pergi pasar malam yang terdekat ade je muke menatang merah yang garang tu.. Hehe.. ;) Kalau ada sesiapa yang berminat nak pakai hp android dan bajet pon xbanyak dalam RM450 je pon dah boleh dapat. Tak silap, brand Sony Erricsson Experia X8. Sebab bestfren Sha dah pakai dan memang best. Cun pon cun. XOXO ![]() Labels: :: p i c t u r e ::, ::m y s t o r y::, ::s t u d e n t:: |
Disclaimer ![]() Welcome to my page blogger :) MissSha, Cat lover Full-time student. Last semester Degree. Currently Practical trainee in Gurun, Kedah Let's Talk!
MyRecentStories! TOP 5 ANDROID GAMES MUST HAVE!
Review Samsung Galaxy S3
RUJUKAN, TIPS DAN PANDUAN MENJAWAP EXAM PTD 13 APR...
The Croods (2013) the Best Movie Ever
INFORMASI: PANDUAN UNTUK MENJAWAP SOALAN EXAM PEPE...
SPM.
Say YES to Huddle XS Mobile Hotspot (YES 4G)!
Blogskin pulak.
Senarai Pemenang Bertuah MissSha & Diffusionanez ...
Senarai Peserta & Blog yang Join MissSha & Diffusi...
The Credits! | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||