Ohlala,thatsmynickname!
Follow Dashboard
SPM.
Thursday, March 21, 2013 | 0 10 org tgh komen!



Result SPM sudah keluar oiii. 


Harini, 21 Mac 2013, hari keputusan SPM akan keluar. Good luck adik-adik yang lahir pada tahun 1995 yang semestinya super neves dan dan tak sabar-sabar nak tengok hasil usaha sendiri dalam slip result SPM nanti. Insyallah, kalau sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, pasti diberkati dan beroleh kejayaan pada hari ini. 

A is something but is not everything.

Apa yang keputusan yang keluar pada hari ini, bukan la penentu segalanya. Masih jauh lagi langkah adik-adik semua untuk berjaya. Berserah dan tawakal kepada penentu segalanya, iaitu Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT. 

Kehidupan selepas SPM ?


Selepas SPM, kemanakah hala-tuju adik? Sambung belajar, bekerja atau mendirikan rumah-tangga ? Itu semua pilihan adik-adik yang pasti akan pilih. Nasihat aku akak, baik adik-adik semua sambung belajar supaya adik semua mendapat tempat di alam kerjaya kelak. Semua ikut kemampuan adik-adik sama ada mahu mengambil STPM, Matrikulasi, ataupun Diploma selepas ini. Akak dulu, lepas SPM, terus ambil Diploma dan menjengah ke alam universiti yang banyak dugaan dan halangan. Chewah. Yang penting nawaitu kita sebagai pelajar dan harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya berjaya sehingga menara gading.  

Satu lagi, kalau berminat untuk sambung belajar di peringkat universiti, pilih lah kursus-kursus yang kita minat supaya kita boleh score dalam kursus tersebut. Jangan ikut kawan. Berdasarkan pengalaman akak, alam universiti dan alam sekolah amat berlainan. Semua bergantung kepada kudrat sendiri. Pendek kata, kita kena survive untuk maju ke hadapan. Jangan terlalu berharap kepada kawan-kawan. Orang tak akan nampak kita, kalau kita tak tonjolkan diri kita. 

Ingat pesanan yang satu ni,
Jadilah seorang pelajar, seorang murid dan seorang anak yang baik. Insyallah Allah SWT pasti memberi segala kemahuan kita kalau kita seiring dengan dunia dan akhirat. Yang paling penting, keberkatan doa ibu bapa yang sering mendoakan kejayaan kita. Jangan lupa diri. Jangan lupa asal-usul. Ingat jasa ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk masa depan kita. Bila lagi kita nak balas jasa mereka kalau bukan sekarang? Selagi mereka masih bernyawa, kita sempat untuk membalas jasa dan menghargai pengorbanan mereka. Insyallah. 

p/s : Maaflah ter emo sikit kalau cerita pasal mak ayah ni. sebenarnya, main point dia, nak bagitaw adik-adik supaya selepas SPM ni belajar sungguh-sungguh, balas jasa mak ayah. ;p


GOOD LUCK for your result SPM, batch 2012

xoxo,

Labels: , , , , , , ,



Older Post | Newer Post
Disclaimer


Welcome to my page blogger :)

MissSha, Cat lover

Full-time student. Last semester Degree. Currently Practical trainee in Gurun, Kedah


Diary About Stuff Site


Let's Talk!


MyRecentStories!

Say YES to Huddle XS Mobile Hotspot (YES 4G)!
Blogskin pulak.
Senarai Pemenang Bertuah MissSha & Diffusionanez ...
Senarai Peserta & Blog yang Join MissSha & Diffusi...
MissSha & Diffusionanez Shoppe 1ST GIVEWAY!
DiffusionAnez Shoppe
Tutorial : Facebook Timeline Remover 0.6
Hotlink Semakin Bagus RM5 Sahaja kot!
Contest : DEW MORE WIN MORE
Making Money with Churp - Churp!
The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Re-edit & Own by : MissSha

Best View at GOOGLE CHROME!