Ohlala,thatsmynickname!
Follow Dashboard
SPM.
Thursday, March 21, 2013 | 0 10 org tgh komen!



Result SPM sudah keluar oiii. 


Harini, 21 Mac 2013, hari keputusan SPM akan keluar. Good luck adik-adik yang lahir pada tahun 1995 yang semestinya super neves dan dan tak sabar-sabar nak tengok hasil usaha sendiri dalam slip result SPM nanti. Insyallah, kalau sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, pasti diberkati dan beroleh kejayaan pada hari ini. 

A is something but is not everything.

Apa yang keputusan yang keluar pada hari ini, bukan la penentu segalanya. Masih jauh lagi langkah adik-adik semua untuk berjaya. Berserah dan tawakal kepada penentu segalanya, iaitu Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT. 

Kehidupan selepas SPM ?


Selepas SPM, kemanakah hala-tuju adik? Sambung belajar, bekerja atau mendirikan rumah-tangga ? Itu semua pilihan adik-adik yang pasti akan pilih. Nasihat aku akak, baik adik-adik semua sambung belajar supaya adik semua mendapat tempat di alam kerjaya kelak. Semua ikut kemampuan adik-adik sama ada mahu mengambil STPM, Matrikulasi, ataupun Diploma selepas ini. Akak dulu, lepas SPM, terus ambil Diploma dan menjengah ke alam universiti yang banyak dugaan dan halangan. Chewah. Yang penting nawaitu kita sebagai pelajar dan harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya berjaya sehingga menara gading.  

Satu lagi, kalau berminat untuk sambung belajar di peringkat universiti, pilih lah kursus-kursus yang kita minat supaya kita boleh score dalam kursus tersebut. Jangan ikut kawan. Berdasarkan pengalaman akak, alam universiti dan alam sekolah amat berlainan. Semua bergantung kepada kudrat sendiri. Pendek kata, kita kena survive untuk maju ke hadapan. Jangan terlalu berharap kepada kawan-kawan. Orang tak akan nampak kita, kalau kita tak tonjolkan diri kita. 

Ingat pesanan yang satu ni,
Jadilah seorang pelajar, seorang murid dan seorang anak yang baik. Insyallah Allah SWT pasti memberi segala kemahuan kita kalau kita seiring dengan dunia dan akhirat. Yang paling penting, keberkatan doa ibu bapa yang sering mendoakan kejayaan kita. Jangan lupa diri. Jangan lupa asal-usul. Ingat jasa ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk masa depan kita. Bila lagi kita nak balas jasa mereka kalau bukan sekarang? Selagi mereka masih bernyawa, kita sempat untuk membalas jasa dan menghargai pengorbanan mereka. Insyallah. 

p/s : Maaflah ter emo sikit kalau cerita pasal mak ayah ni. sebenarnya, main point dia, nak bagitaw adik-adik supaya selepas SPM ni belajar sungguh-sungguh, balas jasa mak ayah. ;p


GOOD LUCK for your result SPM, batch 2012

xoxo,

Labels: , , , , , , ,


Lawak sengal musim final exam :D
Wednesday, November 3, 2010 | 0 10 org tgh komen!



http://www.emocutez.com





Salam...

Pagi tadi aku ada paper account.. tido semalam dalam pukul 2a.m pastu bangun balik nak dekat 6am.. Lepas subuh terus je ngadap buku... refresh kan balik.. takut2 terlupe... ^^

Gerak ke kampus pukul 8.30am.. elok sampai jew kat depan dewan.. gossip2 cikit dgn classmates pengawas dah panggil masuk...

Paper FARxxx sila masuk ke dalam dewan...

http://www.emocutez.comyang aku pelik, kat pintu dewan xde pon tulis no.meja utk subjek masing2... pastu dah panggil masuk dewan...
http://www.emocutez.com
Kitorang pon masuk dgn confident sekali.. hahaa pakai duduk je mane2 seat...

keluar kan mende yg penting & guna dalam exam ; pen, liquid, highlighter, ruler, calculator, slip exam, card matrix & etc...

sambil dengar pengawas membebel, aku dgn semangat tulis kt slip attendance tuh...

tgh rilex2, aku toleh ke kanan, classmate aku gamit2 tangan die... aku heran la da knape nk bye2 lak ni... pastu minah tu tunjuk meje kat belakang die..

baru aku sedar kitorang selamba jew duduk kat seat kelas lain.. dengan muka malu2 macam lalu depan mak mertua kitorang pon bangun ke tempat yg sepatutnya ..

http://www.emocutez.com

Rupe2 nya ramai lagi student lain yg salah seat... hahha

Ada minah ni nak duduk kt seat yg aku salah duduk tuh...

Sempat aku pesan kat minah tu ; '' erk.. kitew dah tulis kt slip attndce tuh, nnt awk liquid eaa"

===================================================================



Abis exam dalam pukul 12.00pm, aku pon balik la naik bas uitm ngadap lappy.. ye la dah 2ari xon9.. baru on9 ni update blog jew & jejln blog org =)

sakit2 badan la main bowling semalam..

http://www.emocutez.com





http://www.emocutez.commiss sha said : good luck for ur exam ^^ http://www.emocutez.com

Labels: , , ,



Older Post
Disclaimer


Welcome to my page blogger :)

MissSha, Cat lover

Full-time student. Last semester Degree. Currently Practical trainee in Gurun, Kedah


Diary About Stuff Site


Let's Talk!


MyRecentStories!

TOP 5 ANDROID GAMES MUST HAVE!
Review Samsung Galaxy S3
RUJUKAN, TIPS DAN PANDUAN MENJAWAP EXAM PTD 13 APR...
The Croods (2013) the Best Movie Ever
INFORMASI: PANDUAN UNTUK MENJAWAP SOALAN EXAM PEPE...
SPM.
Say YES to Huddle XS Mobile Hotspot (YES 4G)!
Blogskin pulak.
Senarai Pemenang Bertuah MissSha & Diffusionanez ...
Senarai Peserta & Blog yang Join MissSha & Diffusi...
The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Re-edit & Own by : MissSha

Best View at GOOGLE CHROME!