Ohlala,thatsmynickname!
Follow Dashboard
TOP 5 ANDROID GAMES MUST HAVE!
Wednesday, April 24, 2013 | 1 10 org tgh komen!





1. Kopi Tiam

Percaya atau tidak, game ini dihasilkan oleh anak Malaysia sendiri yang bernama Afzainizam Zahari. Game yang wajib ada sebab sangat best disamping dapat menambah ilmu tentang menu makanan yang berada di Malaysia sendiri termasuk masakan Melayu, India dan Cina. Boleh download game ini secara percuma, cuma cari carian-Kopi Tiam Mini di Google Play. Kalau pemain tegar macam aku ni memang aku dah siap beli full version dengan harga $1.85 sahaja (kalau currency Malaysia dalam lingkungan RM6.10)





2. Candy Crush Saga
Aku memang dah addicted dengan game ni. Game nampak macam senang tapi sebenarnya sendiri mau ingat. Haha. Yang letihnya, game ni memerlukan 'LIVE' @ nyawa untuk teruskan permainan. Memerlukan kira-kira 30minit untuk menerima '1 LIVE'. Kalau nak lagi layan, game ini perlu di 'connect' dengan akaun FB untuk terima 'Gift' dari rakan-rakan FB anda yang berbentuk 'live'. Settle masalah bukan?




3. Temple Run 2

Game yang ngetop bangat di tempat ketiga. TEMPLE RUN 2. Better as compare for earlier version of Temple Run. Berlari la anda sejauh mana yang mungkin dan menghadapi liku-liku kehidupan. Chewahh. Korang boleh gunakan 'GEMS' untuk 'SAVE LIVE'. Maknanya, tak payah repeat balik berlari dari tempat bermula. 



4. Benji Bananas

Jom kita merasai pengalaman untuk bergayut pada dahan-dahan yang rapuh dengan menggunakan jari sahaja. ^^. Player kena mengumpul pisang sebanyak mana yang boleh dan melaksanakan goals untuk peringkat seterusnya. Sangat mencabar dan seronok. 


5. Subway Surfers

Yang terakhir untuk entri kali ni, Subway Surfers. Bukan roti Subway tu taw. Permainan yang berkonsepkan running game, sama seperti Temple Run 2 tapi yang ni lebih berwarna-warni. Kumpul duit untuk upgrade kan  surfer. 



Amacam, dah cuba belum semua game ni? Semua game diatas adalah percuma dan boleh download di Google Play Store. Sesuai untuk semua jenis android. 

Selamat Mencuba. 

xoxo,

Labels: , , , , , , , , , , ,


Review Samsung Galaxy S3


Hai semua, harini mood nak buat review pasal handphone Samsung Galaxy S3. Nak kongsi cerita sikit pasal S3 untuk para blogger yang nak cari handphone Android. Akhirnya, niat nak pakai handphone Android tercapai jugak (bye-bye mr.BB). Sebenarnya, Sha berangan nak beli Samsung Grand. Tapi survey punya survey + discuss dengan family yang expert pasal gadget2 ni, akhirnya, Sha pun rembat S3 warna merah (Garnet Red kot). Spefikasi S3 ni memang best. Yang paling best, kamera belakang 8MP (full hd beb), kamera depan - 2MP. Skrin sebesar 4.8inch, layan je main games. Tapi kecik la kalau nak compare dengan Samsung Grand. Menggunakan Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9, yang support high resolution video player. Skrin yang clear menggunakan teknologi Super Amoled yang sememangnya superb. Korang kena active kan power saving untuk kegunaan bateri tahap yang minima. Harga S3 sekarang dalam RM1699-RM1500. Harga S3 berkemungkinan akan turun lagi sebab Samsung Galaxy S4 akan berada di pasaran Malaysia kelak. Pandai-pandai la korang buat pilihan yer. 
Kalau korang nak spefikasi S3 yang lebih detail ni boleh klik kat SINI ye ;)
Yang ni makcik punyer handphone^^

compare dengan Iphone. Besar tak ingat punya.


Features S3. Ada multitasking. 


Ni snap pakai kemera belakang (8mp)


ni pun sama (tanpa edit).




Macam mana? Cantik kan? Kalau nak cerita pasal speks S3 ni sampai esok tak siap. Takpe, korang boleh sambung baca review S3 ni dekat SINI ;)

p/s : Insyallah, Sha akan buat entri pasal 5 tops Android Games pulak lepas ni. Tungguuuuu!
xoxo,

Labels: , , , , , , , , ,


RUJUKAN, TIPS DAN PANDUAN MENJAWAP EXAM PTD 13 APRIL 2013
Monday, April 8, 2013 | 0 10 org tgh komen!



Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 13 April ini

Anda boleh buat semakan melalui link ini;

[+] http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus
exam SPA. Susah katanya, ye lah skopnya sangat
luas dan kadang tu soalan tah hape hape!

Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak
singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini
ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg.
Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk
boleh terus gi sini;

http://www.short.my/ptd41

Sekadar nak berkongsi :)

Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam
senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg 
lulus..

ikhlas


Labels: , , , , , , ,


INFORMASI: PANDUAN UNTUK MENJAWAP SOALAN EXAM PEPERIKSAAN PTD M41
Tuesday, April 2, 2013 | 0 10 org tgh komen!


Pengumuman untuk calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD M41!

Saya ada berita baik untuk anda. Anda kini boleh mendapat panduan dan informasi yang membantu untuk mengahadapi peperiksaan PTD M41. 

Peperiksaan PTD M41 bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. KLIK SINI

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M41. Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur kebolehan calon. 

Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.


Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. 

Anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41. 
                     

XOXO, 

Labels: , , , , , , , , , ,



Older Post
Disclaimer


Welcome to my page blogger :)

MissSha, Cat lover

Full-time student. Last semester Degree. Currently Practical trainee in Gurun, Kedah


Diary About Stuff Site


Let's Talk!


MyRecentStories!

TOP 5 ANDROID GAMES MUST HAVE!
Review Samsung Galaxy S3
RUJUKAN, TIPS DAN PANDUAN MENJAWAP EXAM PTD 13 APR...
The Croods (2013) the Best Movie Ever
INFORMASI: PANDUAN UNTUK MENJAWAP SOALAN EXAM PEPE...
SPM.
Say YES to Huddle XS Mobile Hotspot (YES 4G)!
Blogskin pulak.
Senarai Pemenang Bertuah MissSha & Diffusionanez ...
Senarai Peserta & Blog yang Join MissSha & Diffusi...
The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Re-edit & Own by : MissSha

Best View at GOOGLE CHROME!